Saturday, December 4, 2010

Q & A

Adakah Madu Kausar berbeza dari madu-madu jenama lain?

Madu Kausar berbeza dengan madu jenama lain kerana ia mempunyai 3 jenis yang utama. Semua label Kausar adalah 100% madu asli bergred A dan berkualiti tinggi. Madu Kausar terdiri dari KAUSAR EMAS, KAUSAR MERAH dan KAUSAR HIJAU. Setiap jenis tersebut dibahagikan kepada bersarang dan tanpa sarang di dalam 2 saiz iaitu saiz besar (910gm) dan saiz kecil (410gm).

Adakah cara lain Madu Kausar boleh dimanfaatkan selain makan?
Selain dari cara makan, Madu Kausar boleh digunakan untuk menyapu pada kulit yang mengalami kelecuran, sapu pada jahitan, sapu pada luka pesakit kencing manis dan juga menyapu pada muka untuk merawat masalah jerawat atau campur dengan susu lembu untuk mask kecantikan.

Apakah keistimewaan Madu Kausar Bersarang?
Madu Kausar Bersarang adalah Madu Kausar bersama sepotong sarang lebah. Sarang lebah mempunyai banyak kelebihan di samping mengandungi propolis. Dengan mengunyah satu sudu sarang lebah sekali sehari selama 15 minit, akan dapat membantu mereka yang mempunyai masalah organ-organ dalaman. Misalnya penyakit jantung, paru-paru, masalah pernafasan termasuk asma/lelah, kerosakan buah pinggang, masalah rahim dan usus.

Mengapakan Madu Kausar ada banyak jenis label?
Kualiti, khasiat, warna dan rasa madu lebah bergantung kepada sumber makanan lebah, cuaca dan musim kutipan madu.

Madu Kausar yang manakah paling sesuai?
Secara umum, semua madu asli amat baik dan mempunyai pelbagai khasiat, bergantung pada jenis bunga dan nectar yang dihisap oleh lebah tersebut. Terpulanglah kepada anda untuk memilih yang menepati citarasa, tujuan dan aromanya.

Mengapakah Madu Kausar menghablur (crystallize), nampak macam gula?
Jangan risau!!! Ini bukan gula tapi proses semulajadi (crystallization). Semua madu asli yang tidak diproses sebenarnya mungkin menghablur (kebekuan / berbentuk kristal). Ini membuktikan madu tersebut asli tulen dan tidak diproses. Untuk mengelakkan penghabluran, madu perlu dipanaskan atau ditapiskan tetapi akan memusnahkan enzimnya yang aktif. Madu Kausar memberi anda semua khasiat dan kebaikan madu lebah asli dan tulen.

Boleh terangkan cara penggunaan Madu Kausar secara umum?
Secara umum Madu Kausar ada 4 penggunaannya iaitu :
  • Untuk kesihatan - Makan 1 sudu Madu Kausar pada sebelah pagi dan malam untuk membantu mencegah dan menyembuh pelbagai penyakit.
  • Untuk memulihkan tenaga - Campurkan Madu Kausar kedalam secawan susu, teh, air suam, kopi atau jus sebelum sarapan atau sebelum, semasa atau selepas senaman.
  • Sebagai pembersih kulit dan keanjalan kulit muka - Ratakan sesudu Madu Kausar di seluruh muka dan leher. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas.
  • Untuk luka atau kulit bernanah - Sapukan Madu Kausar selapis dan balut dengan kain bersih. Ulangi rawatan ini 2x sehari.
http://www.thekausar.com/my/index.html

HaRGa PRODUK

http://www.thekausar.com/my/index.html
Harga Produk Madu Kausar berikut adalah harga Semenanjung Malaysia dan tidak termasuk belanja pos (kadar sebenar ditanggung oleh pembeli)




Kausar Emas (Biasa) RM70 sebotol
Kausar Emas (Sarang) RM75 sebotol
Saiz: 910 gm

Kausar Merah (Biasa) RM60 sebotol
Kausar Merah (Sarang) RM65 sebotol
Saiz: 910 gm

Kausar Hijau (Biasa) RM50 sebotol
Kausar Hijau (Sarang) RM55 sebotol
Saiz: 910 gm

Kausar Emas (Biasa) RM37 sebotol
Kausar Emas (Sarang) RM39 sebotol
Saiz: 410gm

Kausar Merah (Biasa) RM32 sebotol
Kausar Merah (Sarang) RM34 sebotol
Saiz: 410gm


Kausar Hijau (Biasa) RM28 sebotol
Kausar Hijau (Sarang) RM30 sebotol
Saiz: 410gm

MAdu UNtUk PeNyAKiT TErTEnTu

Sakit Mata/Gatal Mata
Untuk cuci mata - Campurkan Madu Kausar dengan air suam & cuci mata dengan campuran tadi.

Sembelit
Makan 1 sudu Sarang Madu Kausar setiap pagi. Kunyah 10-20 minit, kemudian telan atau buang. Campur 1 sudu Madu Kausar dalam 1 cawan air suam atau jus buah waktu makan tengahari.

Cirit-Birit
Ambil 1 sudu Madu Kausar pagi & malam untuk membunuh bakteria dalam perut. Campurkan 2-3 sudu Madu Kausar, jus 2-3 biji limau, ara & 2 cawan air suam. Jadikan campuran tadi minuman tambahan harian.

Pembedahan
(Kausar Emas Dicadangkan)
Sebelum - Mula ambil 1 sudu Madu Kausar pagi & malam 2 minggu sebelum tarikh pembedahan untuk menguat ketahanan melawan jangkitan.
Selepas - Makan 1-2 sudu Madu Kausar pagi & malam. Madu Kausar boleh disapukan pada luka jahitan untuk mempercepatkan penyembuhan dan mecegah jangkitan kuman.

Kencing Manis (Diabetes)
(Kausar Emas Dicadangkan)
Gantikan gula pasir dalam semua makanan & minuman dengan Madu Kausar.

Kolestrol Tinggi
Makan 1 sudu Madu Kausar setiap pagi sebelum sarapan & 1 sudu sebelum tidur malam. Sekali seminggu - Campurkan 1 sudu Madu Kausar & 1 sudu 'apple cider vinegar' dalam 1/2 cawan air suam, diminum selepas makan malam.

Darah Tinggi
(Kausar Merah Dicadangkan)
Makan 1-2 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.

Gastrik
(Kausar Merah Dicadangkan)
Ambil 1 sudu Madu Kausar 1/2 jam sebelum makan sarapan pagi, makan tengahari & makan malam.

Penyakit Buah Pinggang/Penyakit Organ-Organ Dalaman
(Kausar Bersarang Dicadangkan)
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & sebelum tidur malam. Kunyah 1 sudu Sarang Madu Kausar sebelum makan tengahari 10-20 minit, kemudian telan atau buang.
Pesakit Kanser
(Kausar Emas Dicadangkan)
Untuk menambah antioxidant dalam diet harian, makan 2 sudu Madu Kausar setiap waktu makan. Makan 1 sudu Sarang Madu Kausar 2 kali sehari, kunyah selama 10-20 minit, kemudian telan atau buang.

Asma/Lelah
(Kausar Bersarang Dicadangkan)
Kunyah 1 sudu Sarang Madu Kausar setiap pagi selama 10-20 minit, kemudian telan atau buang. Makan 1 sudu Madu Kausar setiap malam sebelum tidur. Bila terasa sesak nafas, kunyah 1 sudu Sarang Madu Kausar dengan segera.

Selsema/Demam
(Kausar Emas Dicadangkan)
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & sebelum tidur malam untuk menguatkan ketahanan melawan penyakit.

Kurang Selera Makan
(Kausar Hijau Dicadangkan)
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum atau bersama sarapan pagi & waktu tidur malam (boleh dicampur dengan 1 cawan susu segar atau susu tepung).

Migrain/Sakit Kepala
Untuk pencegahan - Makan 1 sudu Madu Kausar setiap pagi sebelum sarapan & 1 sudu sebelum tidur malam.

Nafas Berbau/Gusi Berdarah
Makan 1 sudu Madu Kausar pagi sebelum sarapan& 1 sudu sebelum tidur malam (selepas gosok gigi). Campur 1 sudu Madu Kausar dan sedikit garam dalam 1/2 cawan air suam. Berkumur-kumur selepas gosok gigi.

Peringatan :
Cadangan-cadangan diatas adalah hasil pengakuan pengguna, rawatan di rumah, rawatan secara tradisional di Iran dan saranan doktor. Walaubagaimanapun, semua cadangan ini bukanlah bertujuan sebagai pengganti nasihat doktor dan rawatan dari doktor yang telah anda terima. Anda digalakkan mengambil Madu Kausar bersama-sama rawatan doktor.

Catatan :
Terdapat orang yang alah kepada produk berasaskan madu
http://www.thekausar.com/my/index.html

MADU UNTUK PENJAGAAN KULIT

MaDu uNTuK KeSIHaTaN

Kesihatan Umum
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & 1 sudu waktu malam sebelum tidur.

Kesihatan Lelaki & Daya Tahan
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & 1 sudu waktu malam sebelum tidur. Campur 1 sudu Madu Kausar dengan 1 biji telur separuh masak bersama sarapan pagi 2 kali seminggu.

Kesihatan Wanita & Daya Tahan
Makan 1 sudu Madu Kausar & 2-3 biji kurma bersama sarapan pagi (boleh dikisar bersama susu segar atau susu tepung). Makan 1 sudu waktu malam sebelum tidur.

Ibu Mengandung
Makan 2 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & 1 sudu waktu malam sebelum tidur (boleh dicampur dengan susu segar atau susu tepung untuk dapatkan tambahan kalsium).

Selepas Bersalin (Kausar Merah Dicadangkan)
Kelahiran Biasa
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi (boleh dicampur dengan susu segar atau susu tepung). Potong 2cm halia & rendamkannya dengan 1 cawan air panas. Setelah sejuk, campurkan 1-2 sudu Madu Kausar & minum. Makan 1 sudu waktu malam sebelum tidur.

Kelahiran Melalui Pembedahan
Sebagai tambahan di atas, kunyah 1 sudu sarang Madu Kausar 2 kali sehari selama 10-20 minit. Madu Kausar juga boleh disapu pada jahitan untuk mempercepatkan penyembuhan.

Ahli Sukan (Kausar Hijau Dicadangkan)
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum mula bersukan. Campurkan sebotol air dengan 2-3 sudu Madu Kausar, 1/2 sudu teh serbuk kayu manis. Minum berterusan sepanjang aktiviti. Selepas bersukan, campur 1 sudu Madu Kausar, jus limau 2-3 biji, garam ais & minum.

Peringatan :
Cadangan-cadangan diatas adalah hasil pengakuan pengguna, rawatan di rumah, rawatan secara tradisional di Iran dan saranan doktor. Walaubagaimanapun, semua cadangan ini bukanlah bertujuan sebagai pengganti nasihat doktor dan rawatan dari doktor yang telah anda terima. Anda digalakkan mengambil Madu Kausar bersama-sama rawatan doktor.

Catatan :
Terdapat orang yang alah kepada produk berasaskan madu.
http://www.thekausar.com/my/index.html

CaRa PeNGGuNAaN MaDu KaUSaR


  • Membantu Tidur: Campurkan 15gm madu kausar dalam secawan susu rendah lemak dan minum sebelum tidur.
  • Minuman Kesihatan: Campurkan 1 sudu besar madu kausar dalam secawan tea biasa atau tea hijau.
  • Minuman KetenanganCampurkan 1 sudu besar madu kausar dalam secawan air suam.
  • Minuman TenagaCampurkan 4 sudu madu kausar bersama 150gm almond, 200gm kurma, 2 biji pisang dan 0.5 liter susu dan kisarkan dan tambah beberapa ketul ais (jika perlu).
  • Pencuci Muka: Campurkan 1 sudu besar madu kausar bersama sebiji putih telur, 1 sudu kecil  glycerin dan tepung untuk menjadi pekat seperti pes dan sapukan ke muka dan leher selama 10 minit dan bilas dengan air suam.
  • Krim KulitCampurkan 1 sudu kecil madu kausar dengan 1 sudu kecil minyak sayuran dan 1/4 sudu kecil jus lemon. Sapukan ke seluruh muka dan leher, biarkan 10 minit dan bilas dengan air suam.
  • Mask MukaCampurkan 2 sudu besar madu kausar dengan 2 sudu kecil susu segar. Sapu ke muka dan leher, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk
  • Penyerian MukaCampurkan 1 sudu makan madu kausar dengan 1 sudu makan cuka epal dalam segelas air suam, diminum 2 kali sehari.
  • Penjagaan GigiCampurkan 1 sudu besar madu kausar dalam secawan air suam dan dikumur-kumurkan. 
  • http://www.thekausar.com/my/index.html

KAUSAR HIJAU

Kausar Hijau merupakan madu dari bunga tanaman dan pucuk daun yang dapat memberi rasa musim bunga dan juga memberi kesegaran kepada kulit anda.  Ia dapat membantu menambah stamina dan tenaga untuk anda melakukan kerja dan sukan.

KHASIAT KAUSAR HIJAU
  • Penjagaan Kulit - kandungan humectants yang berkualiti dalam madu ini dapat mengekalkan kelembapan kulit serta menegangkan kulit agar lebih kelihatan muda.
  • Pembekal Tenaga - madu ini mengamdungi glukos dan fruktos asli yang tinggi menjadi sumber tenaga yang terbaik di samping sumber nutrisi bagi atlet sukan.
  • Pertumbuhan Kanak-Kanak - menjadikan anak anda lebih sihat, segar dan aktif sepanjang hari. Di samping itu ia menggantikan sarapan pagi bagi anak-anak yang kurang gemar bersarapan.
http://www.thekausar.com/my/index.html

    KAuSAR MeRaH

    Kausar Merah adalah madu lebah dari pelbagai bunga liar. Penyelidikan menunjukkan khasiat madu bergantung kepada punca makanan lebah. LIPPIA CITROIDORA, ROSMARINUS OFFICINALIS, VALERIANA OFFICINALIS adalah antara 3 jenis bunga utama untuk Kausar Merah.

    KHASIAT 3 JENIS BUNGA
    • LIPPIA CITROIDORA berkesan mengurangkan tanda grippe (bayi menangis malam) dan merawat dyspepsia (kurang selera) dan flatulence (banyak angina dalam perut).
    • ROSMARINUS OFFICINALIS berkesan untuk mengurangkan keresahan, sakit kepala dan kurang selera. Ia telah dibuktikan apabila bunga ini dapat meningkatkan daya ingatan.  Ibu-ibu mengandung disyorkan untuk mengambil Kausar Merah agar dapat menambah fungsi otak anak kandungan. Malah ia juga berkesan mengubati penyakit Alzheimer’s
    • VALERIANA OFFICINALIS pula dapat menenang dan menyelesaikan masalah susah tidur malam.
    http://www.thekausar.com/my/index.html

    KaUSar EmaS (GOLD)


    Kausar Emas dikumpul dari bunga THYME liar di pergunungan Sabalan (Azerbaijan, Iran). Kaedah terkini digunakan bagi mengumpul, mengeluar dan membotolkan madu ini.
    Kausar Emas mengandungi antioksidan yang lebih tinggi dari madu biasa. Antioksidan berperanan sebagai:-
    • Pencegah utama penyakit jantung (ia melambatkan proses oksidasi yang menyebabkan pengumpulan kolesterol dalam darah)
    • Pencegah kanser (ia mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser)
    Bunga THYME ada sejarah panjang di Eropah untuk rawatan batuk kering dan batuk kahak. Juga dapat merawat batuk berkait rapat dengan selsema dan membantu mencairkan kahak serta merawat ‘sore-throat’.  Di samping itu ia juga mengandungi aroma, antiseptic, antispasmodics (agen anti gangguan ‘nervous system’), diuretics (agen melawas kencing) dan emmenagogues (agen membantu edaran haidh).

    http://www.thekausar.com/my/index.html 

    SeKiLaS TeNTaNg MaDu KaUSar..


    Madu Kausar Iran adalah madu yang dipungut dari kawasan pergunungan Sabalan, Azerbaijan oleh Syarikat Aryan Global Trading Sdn Bhd, sebuah syarikat Iran yang mempunyai pejabatnya di Malaysia di alamat B-07-07,Persiaran Selatan, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Darul Ehsan, Malaysia.  Kami Smart Wellness adalah merupakan promoter dan juga agen kepada Syarikat berkenaan.  Smart Wellness memasarkan barangan/produk kesihatan keluaran Muslim amat prihatin tentang ketulenan madu dan kami memilih Madu Kausar kerana ia adalah madu asli bermutu tinggi dalam kategori Gred A dengan 3 jenis keluaran iaitu Kausar Emas, Kausar Merah dan Kausar Hijau dengan kepelbagaian penggunaannya. 

    Madu Kausar adalah madu asli tulen yang dikeluarkan dan dibotolkan melalui proses yang minima tanpa penapisan -ultra dan perisa tambahan serta menepati piawaian antarabangsa. Ia telah disahkan oleh pihak organisasi Piawaian Iran, EU dan Piawaian USA. Telah diuji oleh UNIPEC.

    http://www.thekausar.com/my/index.html

    Madu... Oh Madu...

    MADU LEBAH MENURUT ISLAM
    Allah berfirman yang bermaksud:
    “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.   Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta ikutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari perutnya minuman (madu) beraneka warna yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah An-Nahl, ayat 68-69).

    Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a :
    "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata : "Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'". Rasulullah s.a.w bersabda : "Berilah dia minuman madu". Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata : "Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah". Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab, "Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah". Lalu Rasullullah s.a.w berkata : "Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong". Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.

    Info Madu
    • Madu bersifat antioksidan. Penyelidikan menunjukkan apabila tubuh kita mempunyai banyak antioksidan ianya dapat melawan penyakit kanser dan penyakit jantung serta mencegah kencing manis dan insomnia. Ia juga boleh membunuh kuman dan virus di dalam darah.
    •  Penyelidikan di universiti Purdue telah membuktikan bahawa pengambilan madu lebah dapat meningkatkan penyerapan kalsium untuk kekuatan tulang. Ini amat penting apabila anggaran menunjukkan sebelum tahun 2020, sebahagian rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko keretakan tulang (osteoporosis).
    • Madu lebah boleh membantu mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit serta menyinarkan rambut. Ia juga berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan menghilangkan parut luka dengan segera.
    • Madu lebah adalah antimikrobial sesuai untuk merawat luka, melecur akibat terbakar atau sebagainya, sakit tekak, penyakit perut dan penyakit mata.
    • Madu lebah adalah sumber tenaga asli bagi atlit-atlit sukan. Bagi pengangkat berat, madu dapat memulihkan otot-otot yang letih.

    Info Tambahan

    KEBAIKAN MADU LEBAH

    • Sebagai pencegah penyakit seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis dan insomnia (sukar tidur malam)
    • Boleh membunuh kuman dan virus di dalam darah
    • Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit
    • Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan menghilangkan parut luka dengan segera
    • Berupaya membunuh kuman bagi mempercepatkan penyembuhan luka atau melecur di kulit

    Wednesday, November 24, 2010

    BuBuR LaMbuK eDiSi ZulHijJaH..


    RESEPI BUBUR LAMBUK (cubaan sendiri) tapi marbeles!!

    BAHAN-BAHANNYA
    • 4 cawan beras
    • 1 1/2 botol air mineral 5.5L
    • 1 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • sedikit halia 
    • 2 biji kentang dipotong dadu
    • lobak dipotong halus
    • 3-4 sudu besar rempah kurma
    • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, lada putih (siap blend) & bunga lawang
    • 1 mangkuk daging lembu + 1 mangkuk daging ayam (dihiris nipis)
    • 1 1/2 kotak santan (ayam brand saiz kecil)
    • sedikit minyak
    • garam & gula secukup rasa
    • daun sop yang dipotong halus
    • bawang goreng

    Cara-cara 

    *Mula-mula panaskan minyak, kemudian tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan pula bawang besar, bawang putih & halia yang telah dihiris bersama.

    *Kemudian bila dah naik bau dia, masukkanlah pula rempah kurma & lada putih.

    *Masukkan pula daging lembu+daging ayam, air & beras, seterusnya yang terakhir masukkan kentang dan lobak. Biarkan beras, daging+ayam, kentang dan lobak sehingga masak

    *Dah agak-agak masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih

    *Nak bagi bubur lambuk nampak lebih menarik, cuba hiaskan dengan bawang goreng & dan daun sop. kemudian hidangkan..

    inilah hasilnya...

    p/s : boleh dimakan sehingga 10 orang.

     selamat mencuba!!!

    Tuesday, November 9, 2010

    FatRaH MeNaNda KerTas PepERiKsaaN...

    Alhamdulillah, walaupun sibuk menanda kertas tapi masih cuba menyempatkan diri membuka blog..=) kebiasaannya fatrah selepas imtihan dan di hujung-hujung sesi persekolahan memang begini..pelbagai perkara tugas dan aktiviti yang perlu diselesaikan sebelum akhir tahun 2010. Almaklumlah tak sampai dua bulan kita nak jejak kaki ke tahun 2011..minggu ini sahaja boleh dikatakan setiap hari mendapat jemputan makan jamuan akhir tahun..alhamdulillah tak perlu susah-susah keluar duit sarapan kat sekolah..patut pun mimpi ikan talapiah besar tempoh hari..=)

    Rabu pula ditugaskan mengganti seorang sahabat mengurus sukaneka dan permainan bola jaring tingkatan 1 & 2..pengisian sebelum cuti sekolah.. Harap-harap pelajar beri komitmen dan rasa seronok menghabiskan waktu persekolahan di sekolah.. setelah lebih kurang 2 minggu stress menghadapi peperiksaan. Bukan apa, di samping memberi peluang kepada guru-guru lain menanda kertas dan mengisi markah ke dalam sediul PAT 2010..bak kata Tuan Pengetua..kalau boleh, nak tau result dan kedudukan pelajar dalam kelas tahun 2011 sebelum akhir tahun ini..moga kita semua dipermudahkan..amin..Jom kita pakat peghabih menanda..!!

    Tuesday, November 2, 2010

    Indahnya Tahajud..


    • PENGERTIAN TAHAJUD : Ulama Syafie dan Maliki telah mendefinasikan Solat Tahajud Sebagai solat sunat yang dilakukan pada waktu malam, iaitu selepas bangun daripada tidur. Daripada Hajjaj bin Amru r.a beliau berkata:                                                                                                "كان رسول الله  يتهجد بعد نومه"       maksudnya : “Rasulullah saw solat tahajjud selepas tidur.” (HR Ibnu Abi Khaisam)-hasan. Ianya sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan terutamanya bagi pemimpin-pemimpin Islam, termasuklah para pendidik kerana nabi kita Muhammad Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Umpamanya marilah kita menyorot kembali sejarah kepimpinan Sultan Muhammad al-Fateh iaitu peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat pertama di Konstantinopel, ketika mereka hendak menunaikan solat Fardhu Jumaat untuk pertama kalinya, mereka kebingungan dalam menentukan siapakah orang yang akan bakal mengimami solat mereka nanti. Lalu sultan pun dengan lantang meminta seluruh tenteranya berdiri dan mengajukan soalan yang berbunyi : “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat fardhu silakan duduk!” Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bermakna seluruh tentera sultan sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu. Sultan berkata lagi : “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat sunat rawatib silakan duduk!” Sebahagian tentera nya masih tegak berdiri dan sebahagiannya lagi duduk. Jadi sebahagian tentera sultan sejak balighnya tidak pernah meninggalkan sola sunat rawatib. Kemudiann sultan berkata lagi : “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan solat tahajjud silakan duduk!” Kali ini seluruh tentera duduk. Yang tinggal berdiri hanya sultan sendiri. Ternyata sejak usia baligh sultan belum pernah meninggalkan solat tahajjud sehinggalah beliau dilantik sebagai orang yang paling layak menjadi imam solat jumaat pada hari itu

    • Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajjud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam. Begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W mengenai perkara ini. Rasulullah pernah ditanya oleh para sahabat mengenai sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardhu, baginda menjawab :”Sembahyang pada tengah malam”. Waktu pelaksanaannya sangat ditekankan supaya dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir kerana pada waktu tersebut waktu mustajabnya doa. Rasulullah S.A.W bersabda : “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman : Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku akan  berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya”. (HR Al Bukhari) “Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukan yang baik”. (al-Isra’ : 79) Sabda Rasulullah SAW : “Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang (sunat) malam.
    • DI ANTARA KELEBIHAN MENGAMALKAN SOLAT TAHAJJUD :
    1)Kata-kata yang lahir dari bibirnya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
    2)Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Isra’ : ayat 79.
    3) Lahir kesan taqwa pada wajahnya.
    4)Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
    6)Dipermudahkan hisab. 
    7)Melalui titian sirat al-Mustakim dengan pantas seperti kilat.
    8)Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia.
    9)Diserhkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
    10)Doa-doa akan diperkenankan.
    11)Dilihat sebagai seorang yang beriman (Surah as-Sajadah : ayat16) dan sebagainya.

    • Oleh itu, marilah kita bersama-sama menunaikan solat tahajjud pada sepertiga malam terakhir dan amalkanlah ia sehingga menjadi satu rutin dan kebiasaan dalam kehidupan harian..insyaallah…

    Saturday, October 30, 2010

    HaRi Ini & HaRi EsoK..

    • Hari inie...
            Sarapan pagi..menu yang sangat simple.."cekodok jagung" =) best!..pagi lagi mak dah sibuk-sibuk di dapur..tau tau cekodok dah siap terhidang..hmm..nyam..tinggal bismillah masuk mulutlah jawabnya..walaupun simple, alhamdulillah sebijik dua cekodok telah membuatkan saya bertenaga sekurang-kurangnya separuh hari..rutin harian cuti sekolah..seperti biasa basuh baju, kemas rumah, mandikan 'udzma..kebetulan hari ni free..tak ada urusan di sekolah, tak ada kelas mengaji..jadi banyak masa dihabiskan di rumah..ohh..baru teringat, hari ini merupakan hari bersejarah ustaz Syafiq..Barakallahu lakuma..maaflah ustaz, tak dapat memeriahkan majlis..sebab esok pula ada haflah di KL...bawa mak dan abah..

               Selepas solat zohor, selesai makan tengah hari..time to sleep..tidor ya anakku...alhamdulillah tak susah nak tidokan 'udzma, yang penting puting plastik dia ('sompret'-istilah mak mentua) dan kain atau bantal busuk buat peluk tido..jadi agak mudahlah urusan menghadap laptop..kalau tidak..tak merasalah kita..dia lagi terror..mana-mana bahagian atau punat yang bercahaya habis ditekannya...
    puas sepanjang petang menerokai isi internet..maklumlah budak baru belajar..mencari idea bagaimana untuk menghasilkan blog yang menarik lagi ilmiah..sambil meneliti blog-blog sahabat yang sememangnya lebih advance dari kita..alhamdulillah selain dapat ilmu baru menghasilkan blog..dapat juga hilangkan stress kerja di sekolah....syukur...
    • EsoK HaRi..
            Sepanjang hari esok, mungkin tidak berkesempatan untuk menguruskan blog..kerana memenuhi undangan perkahwinan saudara sebelah mak di KL..bermusafirlah kita..tambahan pula yang lebih menyeronokkan, ialah bertemu dengan adik-adik kandung yang sememangnya jarang balik kampung lebih-lebih lagi fatrah menjelang imtihan nie..akurlah..dulu kita pon sama lagi lama..setahun sekali balik kampung..hee..apa-apa pun bersabarlah dan teruskanlah perjuangan selagi ada kudrat dan kemampuan..kerana "Hidup ini adalah keyakinan & perjuangan, dan perjuangan mukmin yang sejati tak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga." (Imam Ahmad bin Hanbal)...




           

    SePiNtaS LaLu..KeNaLi DiRi iNi..

    Nama diberi : FIDATUL AKHMAR BINTI GOSNON.
    Nama Timangan : Fieda.
    Umur : 27 TAHUN.
    Jantina : PEREMPUAN.
    Status : BERKAHWIN.
    Bil Cahaya Mata : SEORANG SERIKANDI
    Majalah Paling Best : SOLUSI
    Kerjaya : MUROBBIY (SAM PASIR PANJANG).
    Latar Belakang Pendidikan : SEKOLAH TADIKA KEMAS BAGAN TERAP(1989), SK LUBOK PUSING(1995), SRA BAGAN TERAP(1995), SMKA SIMPANG 5(2000), KOLEJ ISLAM DARUL EHSAN(2004), UNIVERSITI AL-AZHAR, ISKANDARIAH(2006).
    Pendidikan Terakhir Setakat ini : Diploma Pendidikan Islam (IPGM KPI, BANGI).
    Alamat Rumah Untuk Dihubungi : NO. 1 JALAN MARJAN, KG LUBOK PUSING, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR D.E.
    "Salam perkenalan..."

    Friday, October 29, 2010

    SYuKuR kuRaFa'Kan PaDa YaNg MaHa ESA..

                 Salam Ukhuwah fillah saye ucapkan kepada sahabat-sahabat blog..pertamanya setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah S.W.T di atas keizinanNya..maka alhamdulillah, berjaye jugek saye membuat blog sendiri, walaupun pada awalnya agak sukar untuk dimulakan..tetapi apabila step pertame bermula..rase teruje untuk  menerokai step2 seterusnya..hinggalah wujudnya blog yang tak seberape ini..tinggal lagi moge2 diberi kekuatan untuk istiqomah memuatkan pengisian di dalamnya..insyaallah..selamat mencube!!

    Mulakan hari anda...

    "عن ابي بكر (رضى) ، عن النبى (ص) قال : اغد علما او متعلما او مستمعا او محبا
    ولا تكن الخامسة فتهلك" ( رواه الطبرنى)
    Maksudnya : "Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa" Riwayat at-Tabrani