Wednesday, November 24, 2010

BuBuR LaMbuK eDiSi ZulHijJaH..


RESEPI BUBUR LAMBUK (cubaan sendiri) tapi marbeles!!

BAHAN-BAHANNYA
  • 4 cawan beras
  • 1 1/2 botol air mineral 5.5L
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia 
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • lobak dipotong halus
  • 3-4 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, lada putih (siap blend) & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging lembu + 1 mangkuk daging ayam (dihiris nipis)
  • 1 1/2 kotak santan (ayam brand saiz kecil)
  • sedikit minyak
  • garam & gula secukup rasa
  • daun sop yang dipotong halus
  • bawang goreng

Cara-cara 

*Mula-mula panaskan minyak, kemudian tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan pula bawang besar, bawang putih & halia yang telah dihiris bersama.

*Kemudian bila dah naik bau dia, masukkanlah pula rempah kurma & lada putih.

*Masukkan pula daging lembu+daging ayam, air & beras, seterusnya yang terakhir masukkan kentang dan lobak. Biarkan beras, daging+ayam, kentang dan lobak sehingga masak

*Dah agak-agak masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih

*Nak bagi bubur lambuk nampak lebih menarik, cuba hiaskan dengan bawang goreng & dan daun sop. kemudian hidangkan..

inilah hasilnya...

p/s : boleh dimakan sehingga 10 orang.

 selamat mencuba!!!

Tuesday, November 9, 2010

FatRaH MeNaNda KerTas PepERiKsaaN...

Alhamdulillah, walaupun sibuk menanda kertas tapi masih cuba menyempatkan diri membuka blog..=) kebiasaannya fatrah selepas imtihan dan di hujung-hujung sesi persekolahan memang begini..pelbagai perkara tugas dan aktiviti yang perlu diselesaikan sebelum akhir tahun 2010. Almaklumlah tak sampai dua bulan kita nak jejak kaki ke tahun 2011..minggu ini sahaja boleh dikatakan setiap hari mendapat jemputan makan jamuan akhir tahun..alhamdulillah tak perlu susah-susah keluar duit sarapan kat sekolah..patut pun mimpi ikan talapiah besar tempoh hari..=)

Rabu pula ditugaskan mengganti seorang sahabat mengurus sukaneka dan permainan bola jaring tingkatan 1 & 2..pengisian sebelum cuti sekolah.. Harap-harap pelajar beri komitmen dan rasa seronok menghabiskan waktu persekolahan di sekolah.. setelah lebih kurang 2 minggu stress menghadapi peperiksaan. Bukan apa, di samping memberi peluang kepada guru-guru lain menanda kertas dan mengisi markah ke dalam sediul PAT 2010..bak kata Tuan Pengetua..kalau boleh, nak tau result dan kedudukan pelajar dalam kelas tahun 2011 sebelum akhir tahun ini..moga kita semua dipermudahkan..amin..Jom kita pakat peghabih menanda..!!

Tuesday, November 2, 2010

Indahnya Tahajud..


  • PENGERTIAN TAHAJUD : Ulama Syafie dan Maliki telah mendefinasikan Solat Tahajud Sebagai solat sunat yang dilakukan pada waktu malam, iaitu selepas bangun daripada tidur. Daripada Hajjaj bin Amru r.a beliau berkata:                                                                                                "كان رسول الله  يتهجد بعد نومه"       maksudnya : “Rasulullah saw solat tahajjud selepas tidur.” (HR Ibnu Abi Khaisam)-hasan. Ianya sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan terutamanya bagi pemimpin-pemimpin Islam, termasuklah para pendidik kerana nabi kita Muhammad Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Umpamanya marilah kita menyorot kembali sejarah kepimpinan Sultan Muhammad al-Fateh iaitu peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat pertama di Konstantinopel, ketika mereka hendak menunaikan solat Fardhu Jumaat untuk pertama kalinya, mereka kebingungan dalam menentukan siapakah orang yang akan bakal mengimami solat mereka nanti. Lalu sultan pun dengan lantang meminta seluruh tenteranya berdiri dan mengajukan soalan yang berbunyi : “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat fardhu silakan duduk!” Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bermakna seluruh tentera sultan sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu. Sultan berkata lagi : “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat sunat rawatib silakan duduk!” Sebahagian tentera nya masih tegak berdiri dan sebahagiannya lagi duduk. Jadi sebahagian tentera sultan sejak balighnya tidak pernah meninggalkan sola sunat rawatib. Kemudiann sultan berkata lagi : “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan solat tahajjud silakan duduk!” Kali ini seluruh tentera duduk. Yang tinggal berdiri hanya sultan sendiri. Ternyata sejak usia baligh sultan belum pernah meninggalkan solat tahajjud sehinggalah beliau dilantik sebagai orang yang paling layak menjadi imam solat jumaat pada hari itu

  • Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajjud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam. Begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W mengenai perkara ini. Rasulullah pernah ditanya oleh para sahabat mengenai sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardhu, baginda menjawab :”Sembahyang pada tengah malam”. Waktu pelaksanaannya sangat ditekankan supaya dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir kerana pada waktu tersebut waktu mustajabnya doa. Rasulullah S.A.W bersabda : “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman : Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku akan  berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya”. (HR Al Bukhari) “Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukan yang baik”. (al-Isra’ : 79) Sabda Rasulullah SAW : “Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang (sunat) malam.
  • DI ANTARA KELEBIHAN MENGAMALKAN SOLAT TAHAJJUD :
1)Kata-kata yang lahir dari bibirnya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
2)Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Isra’ : ayat 79.
3) Lahir kesan taqwa pada wajahnya.
4)Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
6)Dipermudahkan hisab. 
7)Melalui titian sirat al-Mustakim dengan pantas seperti kilat.
8)Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia.
9)Diserhkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
10)Doa-doa akan diperkenankan.
11)Dilihat sebagai seorang yang beriman (Surah as-Sajadah : ayat16) dan sebagainya.

  • Oleh itu, marilah kita bersama-sama menunaikan solat tahajjud pada sepertiga malam terakhir dan amalkanlah ia sehingga menjadi satu rutin dan kebiasaan dalam kehidupan harian..insyaallah…