Saturday, December 17, 2011

Tata Cara Pelaksanaan Umrah | Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat | Rumaysho.Com

Tata Cara Pelaksanaan Umrah | Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat | Rumaysho.Com

Tuesday, December 6, 2011

Ibadah Umrah...........................

Ibadah Umrah
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.


1. Beriham Dari Miqat
Miqat Zamani:
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.

Tanda Sempadan Tanah Haram:

Tan'im:Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.
Wadi Nakhlah:Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.
Ja'ranah:Di sebelah timur sejauh 16 km.
Adhah:Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.
Hudaibiyah:Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.

Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.


Miqat Makani:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.

Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.

Abyar Ali (Zul Hulaifah):
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.

Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.

Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.

Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.


2. Tawaf
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.


3. Saie
Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa.

Doa Bersaie:
اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاة مِنْ النَّارِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى، اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ.
Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya.
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan.

Bukit Safa:
Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.


Bukit Marwah:
Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.


4. Bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting
Setelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala.

Dengan demikian, selesailah palaksanaan ibadah Umrah, dan bukalah pakaian ihram anda lalu gantilah dengan pakaian biasa.

Blog asal : http://www.umrah-ziarah.com/umrah.php

Wednesday, October 26, 2011

MaTi iTu PaSTi...

Berdasarkan Dalil-Dalil Berikut.....

Firman Allah S.W.T :

(Surah an-Nisa' : 78)
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
Maksudnya : "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."


(Surah al-Jumu'ah : 8)
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ
Maksud : Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu."

(Surah al-A'raf)
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya : "Dan tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pundan tidak dapat pula mereka didauhulukan."

(Surah ar-Rahman : 26)
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Maksudnya : "Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa."

(Surah al-Qashash : 88)
كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ
Maksudnya : "Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah."

(Surah al-An'am : 61-62)
Maksudnya : "Sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil; (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya)."

(Surah as-Sajdah : 4)
قُلْ يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ
Maksudnya : Katakanlah, "Malaikat maut yang ditugaskan mencabut nyawa kamu akan mematikan kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada tuhan."

صدق الله العظيم.

Kematian itu adalah peluru yang tidak diketahui dari mana datangnya. Terkadang dari atas, terkadang dari bawah, terkadang dari arah kanan dan terkadang dari arah kiri....Renung2 kan...=)

Tuesday, October 25, 2011

Di SeBaLiK JieWa YanG SeJahTeRa iTu

             Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni pernah menyatakan di dalam kitabnya 'Wal 'Asr' (Demi Masa), yang telah diterjemahkan oleh Mohd Akhyar Lc, berbunyi "Cucilah hatimu tujuh kali degan air cinta dan yang kelapan kali putihkanlah dengan maaf dan ampunan terhadap orang yang menzalimi dan mencela anda, agar anda boleh hidup dengan bahagia, dengan hati yang tenang, dengan jiwa yang lapang". 

              Allah S.W.T menciptakn manusia cukup sempurna dengan dihiasi pelbagai bentuk keinginan dan emosi yang tersendiri. Allah menciptakan keingginan dan emosi tersebut berbentuk positif dan negatif yang saling berkait antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Allah berfirman yang bermaksud: “jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” (surah al-A’raf 7:199)
 
                 Pemaaf merupakan salah satu sifat yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan sifat tersebut yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun Begitu sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud:

“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Anda harus memotong kala jengking - kala jengking hati anda denngan pisau kesabaran dan lemah lembut, menyembelih seala nafsu Ammarah dengan pedang iman, membersihkan halaman roh anda dengan sampah pemikiran-pemikiran yang hina, dan bisikan-bisikan kejahatan yang menggumpal, menanam pohon-pohon hikmah, bunga-bunga pengetahuan, dan menawarkan ilmu di taman jiwamu...........

-Gambar Hiasan-

Tuesday, May 17, 2011

Doa Nurun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.

Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;

(1) Pelindung dari Sihir.

Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.

Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.

Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang

Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) Pengasih

Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawar

Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.

(7) Bertemu para nabi.

Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.

(8) Penyembuh Kesakitan.

Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.

Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalan

Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.

Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkar

Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takut

Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.

Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mata

Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ular

Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.

Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18) Terhindar dari Kekufuran.

Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.

Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.

Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.

Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet Muda

Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.

Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuat

Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuat

Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.

Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.

Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28) Melamar wanita.

Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

(29) Harta dunia.

Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.


Inilah doanya :
Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”




Posted in Ilmu, Takdir, Rezeki dan Harta Kekayaan.

Saturday, May 14, 2011

Menangani karenah anak

IBU BAPA perlu konsisten dalam membentuk tabiat dan tingkah laku anak-anak.

Assalamualaikum warahmatullah,

Anak-anak adalah anugerah Allah SWT yang sangat bernilai. Mereka adalah pewaris kita di dunia ini. Doa mereka sangat diperlukan ketika kita berada di alam barzakh. Kiriman doa setulus hati daripada anak-anak yang soleh adalah penawar di alam kubur.

Kehadiran mereka ke dunia ini di sambut dengan tangisan riang gembira oleh si ayah, si ibu hilang perit sakit melahirkannya hanya dengan menatap wajah si kecil yang masih kemerahan. Di benak ayah macam-macam yang terlintas daripada mula memberi nama hinggalah berkahwin dan mendapat cucu.

Beberapa minit itu ayah dapat membayangkan apa yang terbaik untuk warisnya itu. Nah, semua ini adalah gambaran kemeriahan awal dalam menyambut ahli baru dalam keluarga mereka.

Saya percaya, setiap kita akan berhadapan dengan situasi mencabar dalam membesarkan anak-anak. Bukan senang untuk membesarkan anak-anak, apatah lagi di zaman yang serba moden hari ini. Terdapat ibu bapa yang menghadapi karenah anak yang pelbagai sehingga memeningkan kepala ibu bapa.

Namun begitu, sebelum menyalahkan anak-anak, eloklah kita lihat kelemahan kita terlebih dahulu. Kita yakin tidak ada seorang pun di antara kita yang mahu anaknya menjadi kurang ajar, tidak menghormati ibu bapa, adik-beradik, sahabat handai dan selainnya. Pun begitu, ada yang sudah mengajar anaknya tapi tetap menjadi anak yang nakal kenapa? Persoalannya mungkin ada kesilapan dalam mendidik anak. Mungkin juga sumber rezeki ada unsur syubhat dan sebagainya.

Sesungguhnya setiap anak itu lahir ke dunia ini dalam keadaan suci bersih. Fitrahnya belum dicemari. Tetapi apa yang berlaku selepas itu? Siapa yang benar-benar menjaga kesucian fitrah anak kita yang lahir bersama dengannya sebagai satu anugerah? Bukankah kita yang tanpa sedari telah mencemarkannya? Anak-anak kita degil mesti ada sebab, mesti ada punca, cubalah cari apakah yang menjadi puncanya. Gunakan mata hati untuk mengenal mana kelemahan kita terhadap mereka. Insya Allah, kita akan menemui jalan untuk membantu anak-anak.

Inilah yang disebut fitnah awlad ujian anak-anak. Manusia boleh sabar bila diuji dengan harta benda, kedudukan dan kemewahan. Tetapi belum tentu boleh sabar dan tabah menghadapi ujian anak-anak.

Dalam al-Quran, Allah SWT memberitahu manusia bahawa anak-anak itu adalah ujian, firman-Nya yang bermaksud, “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal: 28)

Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun: 9)

Bila anak memberontak

Kita sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini. Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah 2~4% di kalangan kanak-kanak manakala 10% di kalangan remaja dan 15~20% di kalangan dewasa.

Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5% daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.

Menurut Profesor Psikiatri, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azhar Mohd. Zain, gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera. Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.

Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan. Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak. Tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa. Namun sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten.

Didik akidah anak

Ramai ibu bapa lupa kepentingan mendidik akidah kepada anak-anak. Kadang-kadang sengaja tidak diendahkan kerana sudah sekolah agama mengajar anak kita, atau beranggapan bahawa cukup dengan apa diajar di sekolah.

Sebenarnya mengikut Islam, ayah bertanggungjawab sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak. Kemudian barulah difikirkan bersama isteri untuk mendidik anak-anak. Tugas isteri lebih kepada mengasuh anak. Mendidik dan mengasuh adalah perkara yang berbeza. Hari ini, bukan sedikit ibu bapa yang tidak menjalankan kewajipan terhadap anak-anak mereka. Ayah tidak mahu mendidik anak-anak kerana merasakan itu adalah tugas si ibu, si ibu yang bekerja pula tidak lagi mengasuh anak-anak dan menyerahkan tugas kepada pembantu rumah atau pusat jagaan anak-anak.

Apabila anak tidak mengenal Allah SWT selaku pencipta sekelian alam, ayahlah orang yang pertama yang seharusnya dipersalahkan. Ini kerana tanggungjawab ahli keluarga secara mutlak di atas bahu si ayah. Tanggungjawab ini Allah SWT perintahkan di dalam al-Quran, firman-Nya yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)....” (Surah al-Tahrim: 6)

Kebanyakan ahli tafsir berpendapat konsep menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka bermula di dunia lagi dengan mengajar mereka perintah-perintah Allah SWT. Sebab itu tanggungjawab ayah adalah ajar anak-anak dan isteri mengenal Allah. Ajar mereka ibadat, ajar mereka membaca al-Quran serta ajar mereka halal dan haram dalam Islam.

Anak-anak yang bermasalah adalah anak-anak yang kosong jiwanya. Jiwa mereka tidak diisi dengan iman dan takwa. Didik akhlaknya, didik ibadatnya, didik jiwanya, didik kemasyarakatannya, didik ilmunya, didik perkembangan jati dirinya.

Di bawah ini ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan untuk kita sama-sama bertindak sebagai ibu ayah yang prihatin. Antaranya :

# Ibu bapa semestinya bersangka baik dengan Allah SWT dalam menjalankan usaha tarbiyah anak-anak mereka.

# Bersikap lemah lembut dan prihatin terhadap anak-anak yang bermasalah.

# Sabar dalam menghadapi kerenah mereka.

# Konsisten dan berterusan dalam mengasuh mereka.

# Peruntukkan masa untuk bermain dengan mereka.

# Banyakkan bercerita kisah-kisah teladan anak-anak soleh atau kisah-kisah Nabi a.s.

# Berbicara dengan mereka mengenai kenikmatan syurga, seksa azab neraka, malaikat dan syaitan.

# Sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

# Sentiasa bersangka baik dengan mereka.

# Banyakkan berdoa kepada Allah SWT

Semoga bermanafaat.

Diolah semula dari : Utusan 15/04/2011 dan Kosmo!.

IBNU MUSLIM: Peringatan Hari Ini - Jangan Banyak Bercakap

IBNU MUSLIM: Peringatan Hari Ini - Jangan Banyak Bercakap