Aku mengakui, sesungguhnya... لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَحْدَه لَا شَرِيْكَ لَه “Tiada lain yang haq melainkan ALLAH, dan DIA Esa tiada sekutu bagi-NYA” وَاَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه “Dan Muhammad itu Hamba-NYA serta Utusan Pesuruh-NYA”
Saturday, December 17, 2011
Tata Cara Pelaksanaan Umrah | Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat | Rumaysho.Com
Tuesday, December 6, 2011
Ibadah Umrah...........................
Ibadah Umrah
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
1. Beriham Dari Miqat
Miqat Zamani:
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.
Tanda Sempadan Tanah Haram:
Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.
Miqat Makani:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.
Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.
Abyar Ali (Zul Hulaifah):
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.
Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.
Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.
Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.
2. Tawaf
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.
3. Saie
Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa.
Doa Bersaie:
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan.
Bukit Safa:
Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah
Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
Bukit Marwah:
Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah:
Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
4. Bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting
Setelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala.
Dengan demikian, selesailah palaksanaan ibadah Umrah, dan bukalah pakaian ihram anda lalu gantilah dengan pakaian biasa.
Blog asal : http://www.umrah-ziarah.com/umrah.php
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
Miqat Zamani:
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.
Tanda Sempadan Tanah Haram:
| Tan'im | : | Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah. |
| Wadi Nakhlah | : | Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km. |
| Ja'ranah | : | Di sebelah timur sejauh 16 km. |
| Adhah | : | Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km. |
| Hudaibiyah | : | Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah. |
Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.
Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.
Abyar Ali (Zul Hulaifah):
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.
Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.
Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.
Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.
Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa.
Doa Bersaie:
اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاة مِنْ النَّارِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى، اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ.
Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan.
Bukit Safa:
Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.Setelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala.
Dengan demikian, selesailah palaksanaan ibadah Umrah, dan bukalah pakaian ihram anda lalu gantilah dengan pakaian biasa.
Blog asal : http://www.umrah-ziarah.com/umrah.php
Wednesday, October 26, 2011
MaTi iTu PaSTi...
Berdasarkan Dalil-Dalil Berikut.....
Firman Allah S.W.T :
(Surah an-Nisa' : 78)
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
Maksudnya : "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."
(Surah al-Jumu'ah : 8)
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ
Maksud : Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu."
(Surah al-A'raf)
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya : "Dan tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pundan tidak dapat pula mereka didauhulukan."
(Surah ar-Rahman : 26)
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Maksudnya : "Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa."
(Surah al-Qashash : 88)
كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ
Maksudnya : "Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah."
(Surah al-An'am : 61-62)
Maksudnya : "Sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil; (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya)."
(Surah as-Sajdah : 4)
قُلْ يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ
Maksudnya : Katakanlah, "Malaikat maut yang ditugaskan mencabut nyawa kamu akan mematikan kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada tuhan."
صدق الله العظيم.
Kematian itu adalah peluru yang tidak diketahui dari mana datangnya. Terkadang dari atas, terkadang dari bawah, terkadang dari arah kanan dan terkadang dari arah kiri....Renung2 kan...=)
Tuesday, October 25, 2011
Di SeBaLiK JieWa YanG SeJahTeRa iTu
Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni pernah menyatakan di dalam kitabnya 'Wal 'Asr' (Demi Masa), yang telah diterjemahkan oleh Mohd Akhyar Lc, berbunyi "Cucilah hatimu tujuh kali degan air cinta dan yang kelapan kali putihkanlah dengan maaf dan ampunan terhadap orang yang menzalimi dan mencela anda, agar anda boleh hidup dengan bahagia, dengan hati yang tenang, dengan jiwa yang lapang".
Allah S.W.T menciptakn manusia cukup sempurna dengan dihiasi pelbagai bentuk keinginan dan emosi yang tersendiri. Allah menciptakan keingginan dan emosi tersebut berbentuk positif dan negatif yang saling berkait antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.
Allah berfirman yang bermaksud: “jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” (surah al-A’raf 7:199)

Pemaaf merupakan salah satu sifat yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan sifat tersebut yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Namun Begitu sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud:
Namun Begitu sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud:
“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).
Anda harus memotong kala jengking - kala jengking hati anda denngan pisau kesabaran dan lemah lembut, menyembelih seala nafsu Ammarah dengan pedang iman, membersihkan halaman roh anda dengan sampah pemikiran-pemikiran yang hina, dan bisikan-bisikan kejahatan yang menggumpal, menanam pohon-pohon hikmah, bunga-bunga pengetahuan, dan menawarkan ilmu di taman jiwamu...........

Tuesday, May 17, 2011
Doa Nurun Nubuwwah
Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.
Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;
(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.
(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.
(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.
(4) Dimuliakan orang
Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”
(5) Pengasih
Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.
(6) Air masin menjadi tawar
Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.
(7) Bertemu para nabi.
Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.
(8) Penyembuh Kesakitan.
Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.
(9) Mengubat dari kerasukan.
Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.
(10) Kuat berjalan
Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.
(11) Turun hujan.
Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.
(12) Pengaman bagi orang bertengkar
Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.
(13) Musuh menjadi takut
Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.
(14) Sulit bersalin.
Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.
(15) Sakit mata
Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.
(16) Penawar gigitan ular
Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.
(17) Raja Jin.
Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.
(18) Terhindar dari Kekufuran.
Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.
(19) Menjumpai Jin.
Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.
(20) Penyelamat siksa neraka.
Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.
(21) Ingin mimpi yang indah.
Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.
(22) Awet Muda
Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.
(23) Memberi keselamatan.
Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.
(24) Menjadi kuat
Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(25) Gigitan yang kuat
Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(26) Penyeri wajah.
Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.
(27) Binatang menjadi patuh.
Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.
(28) Melamar wanita.
Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.
(29) Harta dunia.
Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.
Inilah doanya :
Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”
Posted in Ilmu, Takdir, Rezeki dan Harta Kekayaan.

Saturday, May 14, 2011
Menangani karenah anak
Assalamualaikum warahmatullah,
Anak-anak adalah anugerah Allah SWT yang sangat bernilai. Mereka adalah pewaris kita di dunia ini. Doa mereka sangat diperlukan ketika kita berada di alam barzakh. Kiriman doa setulus hati daripada anak-anak yang soleh adalah penawar di alam kubur.
Kehadiran mereka ke dunia ini di sambut dengan tangisan riang gembira oleh si ayah, si ibu hilang perit sakit melahirkannya hanya dengan menatap wajah si kecil yang masih kemerahan. Di benak ayah macam-macam yang terlintas daripada mula memberi nama hinggalah berkahwin dan mendapat cucu.
Beberapa minit itu ayah dapat membayangkan apa yang terbaik untuk warisnya itu. Nah, semua ini adalah gambaran kemeriahan awal dalam menyambut ahli baru dalam keluarga mereka.
Saya percaya, setiap kita akan berhadapan dengan situasi mencabar dalam membesarkan anak-anak. Bukan senang untuk membesarkan anak-anak, apatah lagi di zaman yang serba moden hari ini. Terdapat ibu bapa yang menghadapi karenah anak yang pelbagai sehingga memeningkan kepala ibu bapa.
Namun begitu, sebelum menyalahkan anak-anak, eloklah kita lihat kelemahan kita terlebih dahulu. Kita yakin tidak ada seorang pun di antara kita yang mahu anaknya menjadi kurang ajar, tidak menghormati ibu bapa, adik-beradik, sahabat handai dan selainnya. Pun begitu, ada yang sudah mengajar anaknya tapi tetap menjadi anak yang nakal kenapa? Persoalannya mungkin ada kesilapan dalam mendidik anak. Mungkin juga sumber rezeki ada unsur syubhat dan sebagainya.
Sesungguhnya setiap anak itu lahir ke dunia ini dalam keadaan suci bersih. Fitrahnya belum dicemari. Tetapi apa yang berlaku selepas itu? Siapa yang benar-benar menjaga kesucian fitrah anak kita yang lahir bersama dengannya sebagai satu anugerah? Bukankah kita yang tanpa sedari telah mencemarkannya? Anak-anak kita degil mesti ada sebab, mesti ada punca, cubalah cari apakah yang menjadi puncanya. Gunakan mata hati untuk mengenal mana kelemahan kita terhadap mereka. Insya Allah, kita akan menemui jalan untuk membantu anak-anak.
Inilah yang disebut fitnah awlad ujian anak-anak. Manusia boleh sabar bila diuji dengan harta benda, kedudukan dan kemewahan. Tetapi belum tentu boleh sabar dan tabah menghadapi ujian anak-anak.
Dalam al-Quran, Allah SWT memberitahu manusia bahawa anak-anak itu adalah ujian, firman-Nya yang bermaksud, “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal: 28)
Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun: 9)
Bila anak memberontak
Kita sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini. Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah 2~4% di kalangan kanak-kanak manakala 10% di kalangan remaja dan 15~20% di kalangan dewasa.
Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5% daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.
Menurut Profesor Psikiatri, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azhar Mohd. Zain, gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera. Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.
Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan. Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.
Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak. Tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa. Namun sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten.
Didik akidah anak
Ramai ibu bapa lupa kepentingan mendidik akidah kepada anak-anak. Kadang-kadang sengaja tidak diendahkan kerana sudah sekolah agama mengajar anak kita, atau beranggapan bahawa cukup dengan apa diajar di sekolah.
Sebenarnya mengikut Islam, ayah bertanggungjawab sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak. Kemudian barulah difikirkan bersama isteri untuk mendidik anak-anak. Tugas isteri lebih kepada mengasuh anak. Mendidik dan mengasuh adalah perkara yang berbeza. Hari ini, bukan sedikit ibu bapa yang tidak menjalankan kewajipan terhadap anak-anak mereka. Ayah tidak mahu mendidik anak-anak kerana merasakan itu adalah tugas si ibu, si ibu yang bekerja pula tidak lagi mengasuh anak-anak dan menyerahkan tugas kepada pembantu rumah atau pusat jagaan anak-anak.
Apabila anak tidak mengenal Allah SWT selaku pencipta sekelian alam, ayahlah orang yang pertama yang seharusnya dipersalahkan. Ini kerana tanggungjawab ahli keluarga secara mutlak di atas bahu si ayah. Tanggungjawab ini Allah SWT perintahkan di dalam al-Quran, firman-Nya yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)....” (Surah al-Tahrim: 6)
Kebanyakan ahli tafsir berpendapat konsep menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka bermula di dunia lagi dengan mengajar mereka perintah-perintah Allah SWT. Sebab itu tanggungjawab ayah adalah ajar anak-anak dan isteri mengenal Allah. Ajar mereka ibadat, ajar mereka membaca al-Quran serta ajar mereka halal dan haram dalam Islam.
Anak-anak yang bermasalah adalah anak-anak yang kosong jiwanya. Jiwa mereka tidak diisi dengan iman dan takwa. Didik akhlaknya, didik ibadatnya, didik jiwanya, didik kemasyarakatannya, didik ilmunya, didik perkembangan jati dirinya.
Di bawah ini ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan untuk kita sama-sama bertindak sebagai ibu ayah yang prihatin. Antaranya :
# Ibu bapa semestinya bersangka baik dengan Allah SWT dalam menjalankan usaha tarbiyah anak-anak mereka.
# Bersikap lemah lembut dan prihatin terhadap anak-anak yang bermasalah.
# Sabar dalam menghadapi kerenah mereka.
# Konsisten dan berterusan dalam mengasuh mereka.
# Peruntukkan masa untuk bermain dengan mereka.
# Banyakkan bercerita kisah-kisah teladan anak-anak soleh atau kisah-kisah Nabi a.s.
# Berbicara dengan mereka mengenai kenikmatan syurga, seksa azab neraka, malaikat dan syaitan.
# Sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
# Sentiasa bersangka baik dengan mereka.
# Banyakkan berdoa kepada Allah SWT
Semoga bermanafaat.
Diolah semula dari : Utusan 15/04/2011 dan Kosmo!.
IBNU MUSLIM: Peringatan Hari Ini - Jangan Banyak Bercakap
Saturday, December 4, 2010
Q & A
Adakah Madu Kausar berbeza dari madu-madu jenama lain?
Madu Kausar berbeza dengan madu jenama lain kerana ia mempunyai 3 jenis yang utama. Semua label Kausar adalah 100% madu asli bergred A dan berkualiti tinggi. Madu Kausar terdiri dari KAUSAR EMAS, KAUSAR MERAH dan KAUSAR HIJAU. Setiap jenis tersebut dibahagikan kepada bersarang dan tanpa sarang di dalam 2 saiz iaitu saiz besar (910gm) dan saiz kecil (410gm).
Adakah cara lain Madu Kausar boleh dimanfaatkan selain makan?
Selain dari cara makan, Madu Kausar boleh digunakan untuk menyapu pada kulit yang mengalami kelecuran, sapu pada jahitan, sapu pada luka pesakit kencing manis dan juga menyapu pada muka untuk merawat masalah jerawat atau campur dengan susu lembu untuk mask kecantikan.
Apakah keistimewaan Madu Kausar Bersarang?
Madu Kausar Bersarang adalah Madu Kausar bersama sepotong sarang lebah. Sarang lebah mempunyai banyak kelebihan di samping mengandungi propolis. Dengan mengunyah satu sudu sarang lebah sekali sehari selama 15 minit, akan dapat membantu mereka yang mempunyai masalah organ-organ dalaman. Misalnya penyakit jantung, paru-paru, masalah pernafasan termasuk asma/lelah, kerosakan buah pinggang, masalah rahim dan usus.
Mengapakan Madu Kausar ada banyak jenis label?
Kualiti, khasiat, warna dan rasa madu lebah bergantung kepada sumber makanan lebah, cuaca dan musim kutipan madu.
Madu Kausar yang manakah paling sesuai?
Secara umum, semua madu asli amat baik dan mempunyai pelbagai khasiat, bergantung pada jenis bunga dan nectar yang dihisap oleh lebah tersebut. Terpulanglah kepada anda untuk memilih yang menepati citarasa, tujuan dan aromanya.
Mengapakah Madu Kausar menghablur (crystallize), nampak macam gula?
Jangan risau!!! Ini bukan gula tapi proses semulajadi (crystallization). Semua madu asli yang tidak diproses sebenarnya mungkin menghablur (kebekuan / berbentuk kristal). Ini membuktikan madu tersebut asli tulen dan tidak diproses. Untuk mengelakkan penghabluran, madu perlu dipanaskan atau ditapiskan tetapi akan memusnahkan enzimnya yang aktif. Madu Kausar memberi anda semua khasiat dan kebaikan madu lebah asli dan tulen.
Boleh terangkan cara penggunaan Madu Kausar secara umum?
Secara umum Madu Kausar ada 4 penggunaannya iaitu :

- Untuk kesihatan - Makan 1 sudu Madu Kausar pada sebelah pagi dan malam untuk membantu mencegah dan menyembuh pelbagai penyakit.
- Untuk memulihkan tenaga - Campurkan Madu Kausar kedalam secawan susu, teh, air suam, kopi atau jus sebelum sarapan atau sebelum, semasa atau selepas senaman.
- Sebagai pembersih kulit dan keanjalan kulit muka - Ratakan sesudu Madu Kausar di seluruh muka dan leher. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas.
- Untuk luka atau kulit bernanah - Sapukan Madu Kausar selapis dan balut dengan kain bersih. Ulangi rawatan ini 2x sehari.
http://www.thekausar.com/my/index.html
HaRGa PRODUK
http://www.thekausar.com/my/index.html
Harga Produk Madu Kausar berikut adalah harga Semenanjung Malaysia dan tidak termasuk belanja pos (kadar sebenar ditanggung oleh pembeli)
| Kausar Emas (Biasa) RM70 sebotol Kausar Emas (Sarang) RM75 sebotol Saiz: 910 gm | |
| Kausar Merah (Biasa) RM60 sebotol Kausar Merah (Sarang) RM65 sebotol Saiz: 910 gm | |
| Kausar Hijau (Biasa) RM50 sebotol Kausar Hijau (Sarang) RM55 sebotol Saiz: 910 gm | |
| Kausar Emas (Biasa) RM37 sebotol Kausar Emas (Sarang) RM39 sebotol Saiz: 410gm | |
| Kausar Merah (Biasa) RM32 sebotol Kausar Merah (Sarang) RM34 sebotol Saiz: 410gm | |
Kausar Hijau (Biasa) RM28 sebotol Kausar Hijau (Sarang) RM30 sebotolSaiz: 410gm |
MAdu UNtUk PeNyAKiT TErTEnTu

Sakit Mata/Gatal MataUntuk cuci mata - Campurkan Madu Kausar dengan air suam & cuci mata dengan campuran tadi.
Sembelit
Makan 1 sudu Sarang Madu Kausar setiap pagi. Kunyah 10-20 minit, kemudian telan atau buang. Campur 1 sudu Madu Kausar dalam 1 cawan air suam atau jus buah waktu makan tengahari.
Cirit-Birit
Ambil 1 sudu Madu Kausar pagi & malam untuk membunuh bakteria dalam perut. Campurkan 2-3 sudu Madu Kausar, jus 2-3 biji limau, ara & 2 cawan air suam. Jadikan campuran tadi minuman tambahan harian.
Pembedahan
(Kausar Emas Dicadangkan)
Sebelum - Mula ambil 1 sudu Madu Kausar pagi & malam 2 minggu sebelum tarikh pembedahan untuk menguat ketahanan melawan jangkitan.
Selepas - Makan 1-2 sudu Madu Kausar pagi & malam. Madu Kausar boleh disapukan pada luka jahitan untuk mempercepatkan penyembuhan dan mecegah jangkitan kuman.
Kencing Manis (Diabetes)
(Kausar Emas Dicadangkan)
Gantikan gula pasir dalam semua makanan & minuman dengan Madu Kausar.
Kolestrol Tinggi
Makan 1 sudu Madu Kausar setiap pagi sebelum sarapan & 1 sudu sebelum tidur malam. Sekali seminggu - Campurkan 1 sudu Madu Kausar & 1 sudu 'apple cider vinegar' dalam 1/2 cawan air suam, diminum selepas makan malam.
Darah Tinggi
(Kausar Merah Dicadangkan)
Makan 1-2 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
Gastrik
(Kausar Merah Dicadangkan)
Ambil 1 sudu Madu Kausar 1/2 jam sebelum makan sarapan pagi, makan tengahari & makan malam.
Penyakit Buah Pinggang/Penyakit Organ-Organ Dalaman
(Kausar Bersarang Dicadangkan)
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & sebelum tidur malam. Kunyah 1 sudu Sarang Madu Kausar sebelum makan tengahari 10-20 minit, kemudian telan atau buang.
Pesakit Kanser
(Kausar Emas Dicadangkan)
Untuk menambah antioxidant dalam diet harian, makan 2 sudu Madu Kausar setiap waktu makan. Makan 1 sudu Sarang Madu Kausar 2 kali sehari, kunyah selama 10-20 minit, kemudian telan atau buang.Asma/Lelah
(Kausar Bersarang Dicadangkan)
Kunyah 1 sudu Sarang Madu Kausar setiap pagi selama 10-20 minit, kemudian telan atau buang. Makan 1 sudu Madu Kausar setiap malam sebelum tidur. Bila terasa sesak nafas, kunyah 1 sudu Sarang Madu Kausar dengan segera.
Selsema/Demam
(Kausar Emas Dicadangkan)
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & sebelum tidur malam untuk menguatkan ketahanan melawan penyakit.
Kurang Selera Makan
(Kausar Hijau Dicadangkan)
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum atau bersama sarapan pagi & waktu tidur malam (boleh dicampur dengan 1 cawan susu segar atau susu tepung).
Migrain/Sakit Kepala
Untuk pencegahan - Makan 1 sudu Madu Kausar setiap pagi sebelum sarapan & 1 sudu sebelum tidur malam.
Nafas Berbau/Gusi Berdarah
Makan 1 sudu Madu Kausar pagi sebelum sarapan& 1 sudu sebelum tidur malam (selepas gosok gigi). Campur 1 sudu Madu Kausar dan sedikit garam dalam 1/2 cawan air suam. Berkumur-kumur selepas gosok gigi.
Peringatan :
Cadangan-cadangan diatas adalah hasil pengakuan pengguna, rawatan di rumah, rawatan secara tradisional di Iran dan saranan doktor. Walaubagaimanapun, semua cadangan ini bukanlah bertujuan sebagai pengganti nasihat doktor dan rawatan dari doktor yang telah anda terima. Anda digalakkan mengambil Madu Kausar bersama-sama rawatan doktor.
Catatan :
Terdapat orang yang alah kepada produk berasaskan madu
http://www.thekausar.com/my/index.html
MADU UNTUK PENJAGAAN KULIT
(Kausar Hijau Dicadangkan)Kecantikan
Campurkan 1 sudu Madu Kausar bersama 1 sudu susu segar & sapukan di seluruh muka. Biarkan selama 15-20 minit, bilas.
Kulit Merekah/Kering
Campurkan 1 sudu Madu Kausar bersama 1 sudu kecil minyak sayuran & 1 sudu kecil jus limau. Sapukan pada kawasan jangkitan. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas.
Penyakit Kulit/Parut/Panau
Sapukan Madu Kausar di kawasan sakit/jangkitan. Biarkan 20 -30 minit, kemudian bilas.
Luka/Lecur
(Untuk Pesakit Kencing Manis, Kausar Emas Dicadangkan)
Sapukan Madu Kausar pada luka & biarkan selama 15 minit. Untuk luka yang dalam atau jahit/tempat pembedahan, sapu 1 lapisan Madu Kausar & balut dengan kain yang bersih.
Peringatan :
Cadangan-cadangan diatas adalah hasil pengakuan pengguna, rawatan di rumah, rawatan secara tradisional di Iran dan saranan doktor. Walaubagaimanapun, semua cadangan ini bukanlah bertujuan sebagai pengganti nasihat doktor dan rawatan dari doktor yang telah anda terima. Anda digalakkan mengambil Madu Kausar bersama-sama rawatan doktor.
Catatan :
Terdapat orang yang alah kepada produk berasaskan madu.
http://www.thekausar.com/my/index.html
MaDu uNTuK KeSIHaTaN
Kesihatan UmumMakan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & 1 sudu waktu malam sebelum tidur.
Kesihatan Lelaki & Daya Tahan
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & 1 sudu waktu malam sebelum tidur. Campur 1 sudu Madu Kausar dengan 1 biji telur separuh masak bersama sarapan pagi 2 kali seminggu.
Kesihatan Wanita & Daya Tahan
Makan 1 sudu Madu Kausar & 2-3 biji kurma bersama sarapan pagi (boleh dikisar bersama susu segar atau susu tepung). Makan 1 sudu waktu malam sebelum tidur.
Ibu Mengandung
Makan 2 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi & 1 sudu waktu malam sebelum tidur (boleh dicampur dengan susu segar atau susu tepung untuk dapatkan tambahan kalsium).
Selepas Bersalin (Kausar Merah Dicadangkan)
Kelahiran Biasa
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum sarapan pagi (boleh dicampur dengan susu segar atau susu tepung). Potong 2cm halia & rendamkannya dengan 1 cawan air panas. Setelah sejuk, campurkan 1-2 sudu Madu Kausar & minum. Makan 1 sudu waktu malam sebelum tidur.
Kelahiran Melalui PembedahanSebagai tambahan di atas, kunyah 1 sudu sarang Madu Kausar 2 kali sehari selama 10-20 minit. Madu Kausar juga boleh disapu pada jahitan untuk mempercepatkan penyembuhan.
Ahli Sukan (Kausar Hijau Dicadangkan)
Makan 1 sudu Madu Kausar sebelum mula bersukan. Campurkan sebotol air dengan 2-3 sudu Madu Kausar, 1/2 sudu teh serbuk kayu manis. Minum berterusan sepanjang aktiviti. Selepas bersukan, campur 1 sudu Madu Kausar, jus limau 2-3 biji, garam ais & minum.
Peringatan :
Cadangan-cadangan diatas adalah hasil pengakuan pengguna, rawatan di rumah, rawatan secara tradisional di Iran dan saranan doktor. Walaubagaimanapun, semua cadangan ini bukanlah bertujuan sebagai pengganti nasihat doktor dan rawatan dari doktor yang telah anda terima. Anda digalakkan mengambil Madu Kausar bersama-sama rawatan doktor.

Catatan :
Terdapat orang yang alah kepada produk berasaskan madu.
http://www.thekausar.com/my/index.html
CaRa PeNGGuNAaN MaDu KaUSaR
- Membantu Tidur: Campurkan 15gm madu kausar dalam secawan susu rendah lemak dan minum sebelum tidur.
- Minuman Kesihatan: Campurkan 1 sudu besar madu kausar dalam secawan tea biasa atau tea hijau.
- Minuman Ketenangan: Campurkan 1 sudu besar madu kausar dalam secawan air suam.
- Minuman Tenaga: Campurkan 4 sudu madu kausar bersama 150gm almond, 200gm kurma, 2 biji pisang dan 0.5 liter susu dan kisarkan dan tambah beberapa ketul ais (jika perlu).
- Pencuci Muka: Campurkan 1 sudu besar madu kausar bersama sebiji putih telur, 1 sudu kecil glycerin dan tepung untuk menjadi pekat seperti pes dan sapukan ke muka dan leher selama 10 minit dan bilas dengan air suam.
- Krim Kulit: Campurkan 1 sudu kecil madu kausar dengan 1 sudu kecil minyak sayuran dan 1/4 sudu kecil jus lemon. Sapukan ke seluruh muka dan leher, biarkan 10 minit dan bilas dengan air suam.
- Mask Muka: Campurkan 2 sudu besar madu kausar dengan 2 sudu kecil susu segar. Sapu ke muka dan leher, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk
- Penyerian Muka: Campurkan 1 sudu makan madu kausar dengan 1 sudu makan cuka epal dalam segelas air suam, diminum 2 kali sehari.
- Penjagaan Gigi: Campurkan 1 sudu besar madu kausar dalam secawan air suam dan dikumur-kumurkan.
- http://www.thekausar.com/my/index.html
KAUSAR HIJAU
Kausar Hijau merupakan madu dari bunga tanaman dan pucuk daun yang dapat memberi rasa musim bunga dan juga memberi kesegaran kepada kulit anda. Ia dapat membantu menambah stamina dan tenaga untuk anda melakukan kerja dan sukan.
KHASIAT KAUSAR HIJAU
- Penjagaan Kulit - kandungan humectants yang berkualiti dalam madu ini dapat mengekalkan kelembapan kulit serta menegangkan kulit agar lebih kelihatan muda.
- Pembekal Tenaga - madu ini mengamdungi glukos dan fruktos asli yang tinggi menjadi sumber tenaga yang terbaik di samping sumber nutrisi bagi atlet sukan.
- Pertumbuhan Kanak-Kanak - menjadikan anak anda lebih sihat, segar dan aktif sepanjang hari. Di samping itu ia menggantikan sarapan pagi bagi anak-anak yang kurang gemar bersarapan.
KAuSAR MeRaH
Kausar Merah adalah madu lebah dari pelbagai bunga liar. Penyelidikan menunjukkan khasiat madu bergantung kepada punca makanan lebah. LIPPIA CITROIDORA, ROSMARINUS OFFICINALIS, VALERIANA OFFICINALIS adalah antara 3 jenis bunga utama untuk Kausar Merah.
KHASIAT 3 JENIS BUNGA
- LIPPIA CITROIDORA berkesan mengurangkan tanda grippe (bayi menangis malam) dan merawat dyspepsia (kurang selera) dan flatulence (banyak angina dalam perut).
- ROSMARINUS OFFICINALIS berkesan untuk mengurangkan keresahan, sakit kepala dan kurang selera. Ia telah dibuktikan apabila bunga ini dapat meningkatkan daya ingatan. Ibu-ibu mengandung disyorkan untuk mengambil Kausar Merah agar dapat menambah fungsi otak anak kandungan. Malah ia juga berkesan mengubati penyakit Alzheimer’s
- VALERIANA OFFICINALIS pula dapat menenang dan menyelesaikan masalah susah tidur malam.
http://www.thekausar.com/my/index.html
KaUSar EmaS (GOLD)
Kausar Emas dikumpul dari bunga THYME liar di pergunungan Sabalan (Azerbaijan, Iran). Kaedah terkini digunakan bagi mengumpul, mengeluar dan membotolkan madu ini.
Kausar Emas mengandungi antioksidan yang lebih tinggi dari madu biasa. Antioksidan berperanan sebagai:-
- Pencegah utama penyakit jantung (ia melambatkan proses oksidasi yang menyebabkan pengumpulan kolesterol dalam darah)
- Pencegah kanser (ia mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser)
Bunga THYME ada sejarah panjang di Eropah untuk rawatan batuk kering dan batuk kahak. Juga dapat merawat batuk berkait rapat dengan selsema dan membantu mencairkan kahak serta merawat ‘sore-throat’. Di samping itu ia juga mengandungi aroma, antiseptic, antispasmodics (agen anti gangguan ‘nervous system’), diuretics (agen melawas kencing) dan emmenagogues (agen membantu edaran haidh).
http://www.thekausar.com/my/index.html
http://www.thekausar.com/my/index.html
SeKiLaS TeNTaNg MaDu KaUSar..
Madu Kausar Iran adalah madu yang dipungut dari kawasan pergunungan Sabalan, Azerbaijan oleh Syarikat Aryan Global Trading Sdn Bhd, sebuah syarikat Iran yang mempunyai pejabatnya di Malaysia di alamat B-07-07,Persiaran Selatan, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Darul Ehsan, Malaysia. Kami Smart Wellness adalah merupakan promoter dan juga agen kepada Syarikat berkenaan. Smart Wellness memasarkan barangan/produk kesihatan keluaran Muslim amat prihatin tentang ketulenan madu dan kami memilih Madu Kausar kerana ia adalah madu asli bermutu tinggi dalam kategori Gred A dengan 3 jenis keluaran iaitu Kausar Emas, Kausar Merah dan Kausar Hijau dengan kepelbagaian penggunaannya.
http://www.thekausar.com/my/index.html
Madu... Oh Madu...
MADU LEBAH MENURUT ISLAM
Allah berfirman yang bermaksud:
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta ikutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari perutnya minuman (madu) beraneka warna yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah An-Nahl, ayat 68-69).
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a :
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata : "Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'". Rasulullah s.a.w bersabda : "Berilah dia minuman madu". Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata : "Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah". Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab, "Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah". Lalu Rasullullah s.a.w berkata : "Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong". Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
Info Madu
- Madu bersifat antioksidan. Penyelidikan menunjukkan apabila tubuh kita mempunyai banyak antioksidan ianya dapat melawan penyakit kanser dan penyakit jantung serta mencegah kencing manis dan insomnia. Ia juga boleh membunuh kuman dan virus di dalam darah.
- Penyelidikan di universiti Purdue telah membuktikan bahawa pengambilan madu lebah dapat meningkatkan penyerapan kalsium untuk kekuatan tulang. Ini amat penting apabila anggaran menunjukkan sebelum tahun 2020, sebahagian rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko keretakan tulang (osteoporosis).
- Madu lebah boleh membantu mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit serta menyinarkan rambut. Ia juga berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan menghilangkan parut luka dengan segera.
- Madu lebah adalah antimikrobial sesuai untuk merawat luka, melecur akibat terbakar atau sebagainya, sakit tekak, penyakit perut dan penyakit mata.
- Madu lebah adalah sumber tenaga asli bagi atlit-atlit sukan. Bagi pengangkat berat, madu dapat memulihkan otot-otot yang letih.
Info Tambahan
KEBAIKAN MADU LEBAH
- Sebagai pencegah penyakit seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis dan insomnia (sukar tidur malam)
- Boleh membunuh kuman dan virus di dalam darah
- Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit
- Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan menghilangkan parut luka dengan segera
- Berupaya membunuh kuman bagi mempercepatkan penyembuhan luka atau melecur di kulit
Wednesday, November 24, 2010
BuBuR LaMbuK eDiSi ZulHijJaH..
RESEPI BUBUR LAMBUK (cubaan sendiri) tapi marbeles!!
BAHAN-BAHANNYA
- 4 cawan beras
- 1 1/2 botol air mineral 5.5L
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- sedikit halia
- 2 biji kentang dipotong dadu
- lobak dipotong halus
- 3-4 sudu besar rempah kurma
- sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, lada putih (siap blend) & bunga lawang
- 1 mangkuk daging lembu + 1 mangkuk daging ayam (dihiris nipis)
- 1 1/2 kotak santan (ayam brand saiz kecil)
- sedikit minyak
- garam & gula secukup rasa
- daun sop yang dipotong halus
- bawang goreng
Cara-cara
*Mula-mula panaskan minyak, kemudian tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan pula bawang besar, bawang putih & halia yang telah dihiris bersama.
*Kemudian bila dah naik bau dia, masukkanlah pula rempah kurma & lada putih.
*Masukkan pula daging lembu+daging ayam, air & beras, seterusnya yang terakhir masukkan kentang dan lobak. Biarkan beras, daging+ayam, kentang dan lobak sehingga masak
*Dah agak-agak masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih
*Nak bagi bubur lambuk nampak lebih menarik, cuba hiaskan dengan bawang goreng & dan daun sop. kemudian hidangkan..
inilah hasilnya...
p/s : boleh dimakan sehingga 10 orang.
selamat mencuba!!!
Tuesday, November 9, 2010
FatRaH MeNaNda KerTas PepERiKsaaN...
Alhamdulillah, walaupun sibuk menanda kertas tapi masih cuba menyempatkan diri membuka blog..=) kebiasaannya fatrah selepas imtihan dan di hujung-hujung sesi persekolahan memang begini..pelbagai perkara tugas dan aktiviti yang perlu diselesaikan sebelum akhir tahun 2010. Almaklumlah tak sampai dua bulan kita nak jejak kaki ke tahun 2011..minggu ini sahaja boleh dikatakan setiap hari mendapat jemputan makan jamuan akhir tahun..alhamdulillah tak perlu susah-susah keluar duit sarapan kat sekolah..patut pun mimpi ikan talapiah besar tempoh hari..=)
Rabu pula ditugaskan mengganti seorang sahabat mengurus sukaneka dan permainan bola jaring tingkatan 1 & 2..pengisian sebelum cuti sekolah.. Harap-harap pelajar beri komitmen dan rasa seronok menghabiskan waktu persekolahan di sekolah.. setelah lebih kurang 2 minggu stress menghadapi peperiksaan. Bukan apa, di samping memberi peluang kepada guru-guru lain menanda kertas dan mengisi markah ke dalam sediul PAT 2010..bak kata Tuan Pengetua..kalau boleh, nak tau result dan kedudukan pelajar dalam kelas tahun 2011 sebelum akhir tahun ini..moga kita semua dipermudahkan..amin..Jom kita pakat peghabih menanda..!!
Subscribe to:
Posts (Atom)