Tuesday, November 2, 2010

Indahnya Tahajud..


  • PENGERTIAN TAHAJUD : Ulama Syafie dan Maliki telah mendefinasikan Solat Tahajud Sebagai solat sunat yang dilakukan pada waktu malam, iaitu selepas bangun daripada tidur. Daripada Hajjaj bin Amru r.a beliau berkata:                                                                                                "كان رسول الله  يتهجد بعد نومه"       maksudnya : “Rasulullah saw solat tahajjud selepas tidur.” (HR Ibnu Abi Khaisam)-hasan. Ianya sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan terutamanya bagi pemimpin-pemimpin Islam, termasuklah para pendidik kerana nabi kita Muhammad Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Umpamanya marilah kita menyorot kembali sejarah kepimpinan Sultan Muhammad al-Fateh iaitu peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat pertama di Konstantinopel, ketika mereka hendak menunaikan solat Fardhu Jumaat untuk pertama kalinya, mereka kebingungan dalam menentukan siapakah orang yang akan bakal mengimami solat mereka nanti. Lalu sultan pun dengan lantang meminta seluruh tenteranya berdiri dan mengajukan soalan yang berbunyi : “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat fardhu silakan duduk!” Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bermakna seluruh tentera sultan sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu. Sultan berkata lagi : “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat sunat rawatib silakan duduk!” Sebahagian tentera nya masih tegak berdiri dan sebahagiannya lagi duduk. Jadi sebahagian tentera sultan sejak balighnya tidak pernah meninggalkan sola sunat rawatib. Kemudiann sultan berkata lagi : “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan solat tahajjud silakan duduk!” Kali ini seluruh tentera duduk. Yang tinggal berdiri hanya sultan sendiri. Ternyata sejak usia baligh sultan belum pernah meninggalkan solat tahajjud sehinggalah beliau dilantik sebagai orang yang paling layak menjadi imam solat jumaat pada hari itu

  • Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajjud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam. Begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W mengenai perkara ini. Rasulullah pernah ditanya oleh para sahabat mengenai sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardhu, baginda menjawab :”Sembahyang pada tengah malam”. Waktu pelaksanaannya sangat ditekankan supaya dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir kerana pada waktu tersebut waktu mustajabnya doa. Rasulullah S.A.W bersabda : “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman : Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku akan  berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya”. (HR Al Bukhari) “Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukan yang baik”. (al-Isra’ : 79) Sabda Rasulullah SAW : “Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang (sunat) malam.
  • DI ANTARA KELEBIHAN MENGAMALKAN SOLAT TAHAJJUD :
1)Kata-kata yang lahir dari bibirnya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
2)Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Isra’ : ayat 79.
3) Lahir kesan taqwa pada wajahnya.
4)Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
6)Dipermudahkan hisab. 
7)Melalui titian sirat al-Mustakim dengan pantas seperti kilat.
8)Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia.
9)Diserhkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
10)Doa-doa akan diperkenankan.
11)Dilihat sebagai seorang yang beriman (Surah as-Sajadah : ayat16) dan sebagainya.

  • Oleh itu, marilah kita bersama-sama menunaikan solat tahajjud pada sepertiga malam terakhir dan amalkanlah ia sehingga menjadi satu rutin dan kebiasaan dalam kehidupan harian..insyaallah…