Saturday, December 4, 2010

Madu... Oh Madu...

MADU LEBAH MENURUT ISLAM
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.   Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta ikutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari perutnya minuman (madu) beraneka warna yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah An-Nahl, ayat 68-69).

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a :
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata : "Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'". Rasulullah s.a.w bersabda : "Berilah dia minuman madu". Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata : "Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah". Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab, "Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah". Lalu Rasullullah s.a.w berkata : "Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong". Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.

Info Madu
  • Madu bersifat antioksidan. Penyelidikan menunjukkan apabila tubuh kita mempunyai banyak antioksidan ianya dapat melawan penyakit kanser dan penyakit jantung serta mencegah kencing manis dan insomnia. Ia juga boleh membunuh kuman dan virus di dalam darah.
  •  Penyelidikan di universiti Purdue telah membuktikan bahawa pengambilan madu lebah dapat meningkatkan penyerapan kalsium untuk kekuatan tulang. Ini amat penting apabila anggaran menunjukkan sebelum tahun 2020, sebahagian rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko keretakan tulang (osteoporosis).
  • Madu lebah boleh membantu mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit serta menyinarkan rambut. Ia juga berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan menghilangkan parut luka dengan segera.
  • Madu lebah adalah antimikrobial sesuai untuk merawat luka, melecur akibat terbakar atau sebagainya, sakit tekak, penyakit perut dan penyakit mata.
  • Madu lebah adalah sumber tenaga asli bagi atlit-atlit sukan. Bagi pengangkat berat, madu dapat memulihkan otot-otot yang letih.

Info Tambahan

KEBAIKAN MADU LEBAH

  • Sebagai pencegah penyakit seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis dan insomnia (sukar tidur malam)
  • Boleh membunuh kuman dan virus di dalam darah
  • Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit
  • Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan menghilangkan parut luka dengan segera
  • Berupaya membunuh kuman bagi mempercepatkan penyembuhan luka atau melecur di kulit

No comments: